Thursday, April 17, 2008

Jom pegi pantai

Sepanjang minggu ni cuaca memang tgh best. Average temperature dalam 50 to 60 degrees Fahrenheit dgn matahari yg cukup la sporting. Cuma kadang-kadang ada la angin sejuk bertiup. Jadi takde la berani nak selamba keluar pakai t-shirt je. Kalau setakat pegi 7-Eleven or Shoprite dekat rumah ni ok lagi la sebab dekat. Or else still kena pakai jacket.

Minggu ni Harith cuti sekolah seminggu. Kesian pulak tengok dia terperap je kat rumah. Ever since the weather sekarang ni agak ok, janji la dengan dia hari Rabu nak bawak dia pegi beach. He's kinda excited with the idea. Pagi Rabu, dia bangun awal, sibuk ajak kami bersiap. Dia siap pegi keluarkan baju and pack toys dia dlm bag dia lagi. Punya la semangat. Kami tak bawak bekal pun utk pegi pantai ni, just prepare hotdogs. Just in case Harith ternampak orang jual hotdog, mesti dia nak.

We left home around 1215 in the afternoon naik bas. Rumah kami dgn pantai pun takla jauh sangat sebenarnya. Naik bas dlm 15 minit dah sampai. Tapi kalau jalan kaki tu takde la. Dari bus stop ke pantai around 5 minit jalan kaki. Singgah dulu Family Dollar beli air. Sekali dalam Family Dollar ternampak ada jual kite. Offer kat Harith, dia nak. Ok la, boleh main kite kat tepi pantai.

Sampai kat pantai, ramai gak la budak-budak. Kami pilih spot bawah pokok dekat dgn playground. Kami tengok Americans ni, kalau boleh nak carik tempat tengah-tengah panas. Kami lak carik tempat bawah pokok. Biasa la kan, kita dah biasa kena panas, cari la tempat redup.

Pantai ni ok gak la. Takde la kotor, tapi air laut dia nampak macam tak meyakinkan utk mandi. Lagipun takde pulak nampak orang mandi. Mostly orang melepak and berjemur je. Most of the time, Harith dok main kat playground je. Ada jugak dia main dgn budak-budak lain. Dia ajak buat sand castle, tapi kami pulak tak ada tools. Next time kita datang lagi bawak all the tools; shovels and buckets. Kite yg beli tadi, ayah dgn mama dia yg main. Dia buat tak kisah je bila tengok kami main kite tu. Lama jugak la kami melepak kat tepi pantai tu. Biar je Harith dok main and berguling atas pasir. Biar dia puas main. Around 2.30 lebih kurang, baru kami balik...

3 comments:

ummi of triplet said...

mat salleh ni kalau jual hotdog tepi pantai...ishh harum semerbakk...jgn kata harith.....aku pun meronta2 nak. ntah apa dia bbq ngan hotdog tuh

tgk cite kite runner ke sampai teringin main kite ni...hihih

Unknown said...

Dude, best yer gie Beach.....ahhh...but ko dah kahwin, so mata kena control lah kan.....
I nak gie Beach gak lah, boleh main kerangjang.....dgn mata.

~ayoi~ said...

Cik Pah: Harus la bau diorang jual hotdog tu harum semerbak. We don't blame Harith kalau dia mintak. Sebab tu la prepare siap dari rumah.

Pasal kite tu, masa kat DC dulu dia tgk orang main, dia nak. Kat kedai tu jual $2 je, beli je la. Citer Kite Runner mcm best je. Tak tau pun sampai la kau cakap ni....

Joey: Memang la best. Hehehe. See no touch, ok. Its must've been lagi best kalau turun down south to Miami or accross to LA.

Related Posts with Thumbnails