Tuesday, March 31, 2009

All Packed Up

Semua barang dah packed, masuk lori and tunggu nak ship. Few people tumpang the shipment

baru sampai

pakcik ni kuat gila. umur 55 tapi angkat barang2 berat selamba je

loading up





loading shadow

bye... see u in few weeks

Tuesday, March 24, 2009

Moments before leaving CT

last visit to toys r us...

last visit to ikea...

first and last visit to chuck e cheese...

manja ayah...

@York Noodles House, New Haven. Last dinner with anis...

yummy sundae @iHop

nutella crepes... heaven!!!

shrimp popcorn

before pergi airport, depan rumah...

with our landlord...

with anis...

@Newark International Airport...

Friday, March 20, 2009

Jumpa lagi


Mrs mama and littleman are now currently around 37,000 feet up in sky heading towards KUL. It was a mixed emotion moment when all of us at EWR. Mrs mama was excited to go back home, mr ayah wasn't too sure how he feels. It couldn't have been sad, since all of us sure will meet up again in few weeks time. However, we can sense littleman was a bit emotional despite having fun running around chasing Liza's and Kush's boys. Mr ayah was touched by littleman when he came and hug mr ayah. He said "Bye ayah, see you soon. I'll missed you". Though there were no tears, but the moment was touching. 

As mrs mama and littleman arrived in ARN, mr ayah got a sms at 7.00 am saying that they have safely arived in ARN for transit, and littleman misses mr ayah and wished mr ayah was there together. It was an emotional morning for mr ayah, woke up in the morning, alone.

It was also arwah ayah birthday today (March 20th). He's supposed to be 62 this year. I've already have a shirt of his favorite color and birthday card ready for him, and mrs mama was supposed to bring it back along.

Have a safe trip mrs mama and littleman. I've been missing both you the moment both of you passed the security check. I'll see you all in few weeks time.

Happy 62nd birthday, ayah. I will always love you, and I missed you a whole lot now. I'll never forget to pray for you.

Thursday, March 19, 2009

Terima kasih semua

Gambar dipinjam dari blog Kak Ja. Mak, CN & Dik E nampak tenang menziarah rumah baru ayah

Alhamdulillah jenazah almarhum ayahanda selamat disempurnakan pada hari Isnin, March 16 kira2 jam 2.00 ptg selepas solat Zuhur. Kami diberitahu semua urusan berjalan dgn lancar dan sempurna. 

Bagi yg tertanya, mengikut laporan, punca kematian disebabkan septicaemia (blood infection) with multiorgan failure. Kronologi ada dikisahkan oleh Bangah.

Seawal jam 5.00 pagi jiran2 dtg membantu mengemas rumah & menyediakan apa yg perlu bagi menyambut jenazah dari HKL. Pihak khairat kematian kawasan pun dah dimaklumkan awal. Orang2 surau dtg terus ke rumah lepas selesai solat Subuh. 

Mak kata tak putus2 orang dtg menziarah. Sampaikan masa nak solat jenazah penuh sesak rumah, dan solat jenazah di masjid sebelum dikebumikan pun lbh 100 orang berjemaah. Families, kawan2 dari jauh dan dekat semua dtg. Arwah ayah mmg cukup terkenal dgn sikap ramah, murah hati dan kepimpinannya. Most of my friends would always think he's a cool dad. 

Majlis tahlil turut dibuat selama 3 hari berturut. Alhamdlulillah terdapat mereka2 yg istimewa tlh bermurah hati menyumbang bagi mengadakan majlis tersebut. Terima kasih buat mereka yg menyumbang dan membantu.

Bagi pihak diri saya dan keluarga, jutaan terima kasih kepada uncle2 dan auntie2 warga Jalan 14 for endless supporting effort given to my family during this hardship. Buat uncle2 geng STAROBA arwah ayah, it really shows the bonding of brotherhood of old boys; I know it well for I'm an old boys too, not STAROBA but OPA. Terima kasih tak terhingga buat mereka yg ziarah, yg menyampaikan ucapan takziah, yg mendoakan dan juga mneghulurkan bantuan dari segi fizikal mahupun kewangan. Special thanks buat Al-Huda Catering juga. Saya yg dirantau ni cuma boleh berdoa agar Allah akan membalas jasa tuan2 semua seadanya.

InsyaAllah hari ahad ni bersamaan March 22nd (11am), majlis tahlil sempena hari ke-7 pemergian arwah ayah akan diadakan di kediaman keluarga di Keramat. Majlis tu juga bersempena kesyukuran kepulangan mrs mama dan littleman, InsyaAllah. Bagi rakan2 yg ada kelapangan, dijemput untuk hadir bersama. 

Terima kasih sekali buat semua. Moga doa tuan2 akan sampai terus kepada beliau.

Tuesday, March 17, 2009

Al-Fatihah buat Ayahanda

Panggilan telefon dari Kak Ja pukul 4.00 ptg (4.00 pagi waktu Malaysia) disambut dgn penuh debaran. Di kala dia terdiam, hati terdetik seolah blh dijangka apa berita yg bakal disampaikan. Dgn 4 patah perkataan, cukup utk membuatkan aku mau meraung. "Balong, ayah dah takde" buat lidah ku kelu, perasaan berkecamuk, air mata berderai. Sebagai anak sulong, aku terasa terkilan sbb tak dpt bersama beliau di saat2 akhirnya. Aku rasa syahdu tak dpt bersama utk menyempurnakan jenazah dan menyambutnya di dalam liang lahad.

Ayah,
Hanya doa dari jauh saja dpt kuutuskan dari rantau. Mak kata ayah pergi dlm keadaan yg tenang. Mak kata ayah masih lagi tersenyum dlm perit menahan sakit. Balong tau ayah mmg tabah, sentiasa tenang dan tak pernah kedekut dgn senyuman.

Ayah,
Kami semua akan selalu merindui ayah. Kami semua aku selalu ingat pada ayah. Balong janji akan tabahkan diri, setabah dirimu utk meghadapi hari2 yg mendatang tanpa ayah. Terasa terlalu cepat ayah pergi menjadi tetamuNya, di saat kami semua masih belum bersedia. Tapi Dia lbh menyayangi ayah.

Ayah,
Balong janji akan jaga mak dan Cik Nah selagi berkemampuan. Balong janji akan tgk adik2. Tak tau mcm mana nak terangkan pada Harith ke mana atuk pegi. Tak sempat ayah nak tgk cucu baru ayah. 

Bangah, Kak Ja, Dik e
Tabahkan hati adik2 Balong. Sama2 kita doakan dan redhakan pemergian ayah. Ayah dlm perjalanan ke suatu tempat yg lbh baik buat dirinya. Iringin doa anak2nya sentiasa dinantikannya. Jgn pula lupa kita kena sama2 kena jaga mak dgn Cik Nah. Kita la yg ayah harapkan. Jgn kita sesiakan harapan ayah.


Ayah,
Damailah ayah dipersemadian sedamai raut wajah ayah. Balong sentiasa doakan kesejahteraan ayah di sana, sepertimana ayah sentiasa doakan kejayaan anak2 ayah. Siapa sangka, pelukan di KLIA tanggal Dec 20, 2007 merupakan pelukan terakhir antara kita. Masih tergambar dlm memori saat ayah merelakan Balong sekeluarga pegi merantau demi menimba ilmu. InsyaAllah hasrat ayah, takkan Balong sesiakan. Nanti Balong bawak ijazah tu masa Balong ziarah ayah di rumah baru, ya?

Buat mereka yg menziarah Arwah ayah semasa di hospital atau di rumah, bagi pihak keluarga, saya ucapkan jutaan terima kasih. Bagi mereka yg membantu keluarga dlm pengurusan jenazah, saya ucap terima kasih. Hanya Allah sahaja dpt membalas jasa tuan2. Bagi yg menyampaikan ucapan takziah dan doa, mudahan doa tersebut akan sampai kepada arwah.

Al-Fatihah buat arwah ayahanda Hamzah Mohamed (March 20, 1947 - March 16, 2009)

*Adik2 turut melahirkan rasa hati mereka: Bangah, Jaja & Dik E

Saturday, March 7, 2009

Let the pictures speak...

Ada jemputan makan2 last saturday kat rumah Kak Laini in Colchester, CT (about 1hr 15mins journey). Byk betul kak Laini masak, tapi picture of the food tak sempat amik coz semua org kusyuk nak makan jek! Below are pictures lepas makan2 main menu ;)

manggo cheese cake, yummyyy!!!




those two on the right are tuan rumah, thanks for the makan2 ;)


Coach ginger sunglass yg menjadi rebutan. mrs mama kena pi beli lagi another 2 pairs ;)

Makcik dlm picture atas tu mak kepada Kak Laini. Rupernyer makcik nie sedara dgn neighbour sebelah rumah mr ayah's parents...


Tuesday, March 3, 2009

Sang Lobster Merah

After been talking about it dekat sebulan,  akhirnya we made it on last Friday nite. Dah lama gak dah sembang2 citer nak pegi Red Lobster ni. Asyik dok tgk iklan kat TV, mcm best je. Tu yg rasa kena pegi tu. There's no special ocassion pun sebenarnya. The TV ads is just too tempting.

We went for a dinner at Red Lobster in Bridgeport, around 20 minutes drive from New Haven. Ramai gak orang, tapi nasib baik the queue wasn't that long. Takde la mcm masa we were in NYC with mr Qirzah nak kena tunggu sampai 45 minutes. Can't wait that long, since we were all too hungry after the fasting plus shopping the whole day. Kira nak iftar kat Red Lobster la, but we end up in Bubba Gump. Maybe takde rezeki nak makan lobmonster dgn mr Qirzah.

We ordered Lobster Lover's Dream & Jumbo Shrimp with Lobster Butter. For the appertizer all of us share Lobster, Crab & Seafood Stuffed Mushroom plus Caesar's and Garden Salad. The whole meal was awesome, despite the highly accumulated cholesterol. All of us really enjoyed the food. Even the kids enjoyed their ice cream.


Related Posts with Thumbnails