Hari minggu baru ini bermula dengan cuaca yang sangat baik. Sang mentari menampakkan sinarnya. Suhu pada hari minggu ni sekitar 50 darjah Fahrenheit. Cukup baik bagi kawasan New England ini. Walaupun sepatutnya musim bunga atau Spring telah bermula, namun keadaan di sini masih lagi sejuk. Kata orang sini, tunggu musim panas atau Summer baru kita akan melalui bahang mentari yang sebenar. Buat masa ini, bersabarlah menghadapi hari-hari yang mendatang dalam keadaan sejuk.
Pada lewat pagi hari minggu yang indah, tuan rumah kami mempelawa sekiranya kami mahu turut serta mengikut mereka membeli belah di pasar raya Walmart. Memandangkan kami sememangnya tiada peracangan yang spesifik, kami bersetuju. Sebelum ke Walmart, kami mengambil keputusan untuk melihat di mana letaknya lokasi Forest Elementary School. Sekolah yang bakal menjadi sekolah Harith pada bulan September kelak. Takpe, cerita pasal Forest Elementary, kita buka topic lain.
Dipendekkan cerita, bila dah ada kat Walmart tu, kami pun beli la barang keperluan apa yang patut. So far from our observations, barang kat Walmart ni paling murah antara banyak-banyak tempat yang kami survey. Dalam banyak-banyak barang keperluan tu, kami selit sekali beli wireless router.
Kat sini pelik sikit. So far kami tak ada jumpa wireless ADSL modem router macam yang ada kat Malaysia. Senang sikit kalau guna satu device je. Kalau ada pun dijual oleh Internet Service Provider. Macam dalam kes kami, AT&T la. Ambik AT&T pun sebab tu je service yang paling murah. Masa order service dulu memang dah mintak ADSL wireless modem router. Tapi bila dia deliver, hantar ADSL modem je. Nak tukar balik rasa macam malas pulak mengenangkan customer service yang sangat la tak friendly. Nasib baik current modem dapat balik rebet $49.99.
Sejarah nak pasang internet kat umah nie quite interesting. Kami ader 3 phone ports. Once we applied for the internet, org AT&T pun dtg la nak activate line dlm umah nie. 3-3 ports boleh pakai. Then package from AT&T arrived. Kena tunggu another week until ADSL line activated. Once dah activated, setup la sendiri. Tak berjaya... Call support, dtg la sorang technician. Tu pun lepas dah beberapa kali kena pass sana, pass sini. The technician godek sana, godek sini, dier deactivate 2 of our phone ports. Then berjayalah kami connect to the internet. 2 days later, tak boleh connect. Hmmm... apsal lak nie??? Call support lagi... dtg org lain pulak. Check sana, check sini... seems ok. At last dier pi check tiang line kat luar rumah nun. Katernyer one of the wire kat tiang tu crack. So biler angin kuat sikit, or burung dtg hinggap ke, tergoyang2 la. Tu yg mcm tak stabil jek. Esoknyer dtg la lori AT&T dgn crane tu, repair wire tu. So actually problem dr awal adalah wire kat luar tu, takde kena-mengena pun dgn phone ports dlm umah nie.
Balik pada cerita wireless router ni, kami beli
Belkin F5D7230-4 Wireless-G 54Mbps Broadband Router. Harga dia tak mahal, around $38.99. Kira ambil rebet dari AT&T yang kami dapat $49.99 tolak harga router ni, kami untung dalam $10. Kira bagus la tu, kan.
Wireless router ni lain dari modem router yang kami guna kat Malaysia. Kalau kat Malaysia dulu satu device je guna sambung kat Streamyx, terus satu rumah WiFi. Ni kat sini, kena connect kat ADSL modem. Kira kena ada 2 device yang berasingan. Layan je la, kan. Kalau tak nanti tak wireless la pulak.
Balik je rumah, kami terus la setup router kami ni. Sungguh tak sangka, punya la senang nak setup. Connect dengan ADSL modem kami, terus je dapat signal. Dah settle setup, baru kami "secure"kan network kami ni. Kalau tak nanti, maunya ada orang lain menumpang sekaki. Macam la kami tak pernah buat, kan? Hehehe. Standard, nak hidup. Actually earlier dah pernah beli Linksys router ($48.99), tapi ader factory defect kot, lampu tak nyala2 pun. Hampesss jek!!! Sib baik la leh pulangkan balik tanpa byk soal.
Jadinya pada hari Ahad, Mac 30, 2008, bermula era baru dalam hidup kami kat sini. Kehidupan tanpa batasan (wayar) dalam rumah sendiri. Have to la... since both of us bawak laptop. So skrg takde la sorang online, sorang offline.