Saturday, October 11, 2008

Bazar Ramadhan di West Haven

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ni, terbaca dlm blog kawan2 pasal kemeriahan PARAM & berbuka puasa di luar. Mcm yg pernah kami cakap la sebelum ni, PARAM ni kami tak la beria sangat pegi, especially yg kat Putrajaya nun.



Pengalaman berpuasa di Amerika ni takde la pulak kami berbuka kat luar. Senang lagi berbuka di rumah. Cuma sekali sekala ada la jemputan dari warga West Haven ni utk berbuka puasa ala pot luck kat rumah diorang. Eh! ader la sekali berbuka kat Bubba, Times Square... yg dgn Eriq tu ;)

Dalam pada semua orang sibuk tu, ada jugak 2 kali sempat diorang organize "Bazar Ramadhan" kat backyard rumah abg nuar & kak shima. Konsep dia simple je, sape nak meniaga, bawak la juadah yg nak dijual, pastu buka puasa ramai2. 1st time buat, tak ramai sgt yg menjual. Maybe sebab buat hari Rabu, orang semua sibuk keja. Tapi kuih2 yg dijual boleh tahan gak la. Popiah goreng, kuih ketayap, kerepek ubi pedas, kek gula hangus dan mcm2 lagi la.

Yg paling best is the one held on Sunday. The last Sunday before raya, the day after kami punya day out with Eriq. Ader jual mee kari, nasi lemak, apam puteri ayu, burger, roti john, kuih raya, and mcm2 lagi... best best!!! dpt makan mcm2... keropok lekor pun ader! :D

Kami takde la menjual apa2 masa bazar Ramadhan tu. Mrs mama goreng mi, utk makan ramai2 je. Tak sempat pun nak masak utk menjual, maklum la weekend tu kan sibuk shopping & teman orang tu shopping.

Siapa kata kat US takde Bazar Ramadhan? Hehehe...


4 comments:

Shahnaz Ramli said...

Warga Malaysia West Haven boleh!!

zatil said...

shahnaz, balik nanti banjer popia S.S. Ali ok! rindu la... errr... the popia :D

Shahnaz Ramli said...

How la to belanja.. Diorang dah tak meniaga kat Pasar Malam Sunway.. Last time nampak kat PARAM Shah Alam..

~ayoi~ said...

Shahnaz: Sama2 la kita carik popiah SS Ali tu. I missed it too

Related Posts with Thumbnails