Thursday, March 19, 2009

Terima kasih semua

Gambar dipinjam dari blog Kak Ja. Mak, CN & Dik E nampak tenang menziarah rumah baru ayah

Alhamdulillah jenazah almarhum ayahanda selamat disempurnakan pada hari Isnin, March 16 kira2 jam 2.00 ptg selepas solat Zuhur. Kami diberitahu semua urusan berjalan dgn lancar dan sempurna. 

Bagi yg tertanya, mengikut laporan, punca kematian disebabkan septicaemia (blood infection) with multiorgan failure. Kronologi ada dikisahkan oleh Bangah.

Seawal jam 5.00 pagi jiran2 dtg membantu mengemas rumah & menyediakan apa yg perlu bagi menyambut jenazah dari HKL. Pihak khairat kematian kawasan pun dah dimaklumkan awal. Orang2 surau dtg terus ke rumah lepas selesai solat Subuh. 

Mak kata tak putus2 orang dtg menziarah. Sampaikan masa nak solat jenazah penuh sesak rumah, dan solat jenazah di masjid sebelum dikebumikan pun lbh 100 orang berjemaah. Families, kawan2 dari jauh dan dekat semua dtg. Arwah ayah mmg cukup terkenal dgn sikap ramah, murah hati dan kepimpinannya. Most of my friends would always think he's a cool dad. 

Majlis tahlil turut dibuat selama 3 hari berturut. Alhamdlulillah terdapat mereka2 yg istimewa tlh bermurah hati menyumbang bagi mengadakan majlis tersebut. Terima kasih buat mereka yg menyumbang dan membantu.

Bagi pihak diri saya dan keluarga, jutaan terima kasih kepada uncle2 dan auntie2 warga Jalan 14 for endless supporting effort given to my family during this hardship. Buat uncle2 geng STAROBA arwah ayah, it really shows the bonding of brotherhood of old boys; I know it well for I'm an old boys too, not STAROBA but OPA. Terima kasih tak terhingga buat mereka yg ziarah, yg menyampaikan ucapan takziah, yg mendoakan dan juga mneghulurkan bantuan dari segi fizikal mahupun kewangan. Special thanks buat Al-Huda Catering juga. Saya yg dirantau ni cuma boleh berdoa agar Allah akan membalas jasa tuan2 semua seadanya.

InsyaAllah hari ahad ni bersamaan March 22nd (11am), majlis tahlil sempena hari ke-7 pemergian arwah ayah akan diadakan di kediaman keluarga di Keramat. Majlis tu juga bersempena kesyukuran kepulangan mrs mama dan littleman, InsyaAllah. Bagi rakan2 yg ada kelapangan, dijemput untuk hadir bersama. 

Terima kasih sekali buat semua. Moga doa tuan2 akan sampai terus kepada beliau.

No comments:

Related Posts with Thumbnails