Panggilan telefon dari Kak Ja pukul 4.00 ptg (4.00 pagi waktu Malaysia) disambut dgn penuh debaran. Di kala dia terdiam, hati terdetik seolah blh dijangka apa berita yg bakal disampaikan. Dgn 4 patah perkataan, cukup utk membuatkan aku mau meraung. "Balong, ayah dah takde" buat lidah ku kelu, perasaan berkecamuk, air mata berderai. Sebagai anak sulong, aku terasa terkilan sbb tak dpt bersama beliau di saat2 akhirnya. Aku rasa syahdu tak dpt bersama utk menyempurnakan jenazah dan menyambutnya di dalam liang lahad.
Ayah,
Hanya doa dari jauh saja dpt kuutuskan dari rantau. Mak kata ayah pergi dlm keadaan yg tenang. Mak kata ayah masih lagi tersenyum dlm perit menahan sakit. Balong tau ayah mmg tabah, sentiasa tenang dan tak pernah kedekut dgn senyuman.
Ayah,
Kami semua akan selalu merindui ayah. Kami semua aku selalu ingat pada ayah. Balong janji akan tabahkan diri, setabah dirimu utk meghadapi hari2 yg mendatang tanpa ayah. Terasa terlalu cepat ayah pergi menjadi tetamuNya, di saat kami semua masih belum bersedia. Tapi Dia lbh menyayangi ayah.
Ayah,
Balong janji akan jaga mak dan Cik Nah selagi berkemampuan. Balong janji akan tgk adik2. Tak tau mcm mana nak terangkan pada Harith ke mana atuk pegi. Tak sempat ayah nak tgk cucu baru ayah.
Bangah, Kak Ja, Dik e
Tabahkan hati adik2 Balong. Sama2 kita doakan dan redhakan pemergian ayah. Ayah dlm perjalanan ke suatu tempat yg lbh baik buat dirinya. Iringin doa anak2nya sentiasa dinantikannya. Jgn pula lupa kita kena sama2 kena jaga mak dgn Cik Nah. Kita la yg ayah harapkan. Jgn kita sesiakan harapan ayah.
Ayah,
Damailah ayah dipersemadian sedamai raut wajah ayah. Balong sentiasa doakan kesejahteraan ayah di sana, sepertimana ayah sentiasa doakan kejayaan anak2 ayah. Siapa sangka, pelukan di KLIA tanggal Dec 20, 2007 merupakan pelukan terakhir antara kita. Masih tergambar dlm memori saat ayah merelakan Balong sekeluarga pegi merantau demi menimba ilmu. InsyaAllah hasrat ayah, takkan Balong sesiakan. Nanti Balong bawak ijazah tu masa Balong ziarah ayah di rumah baru, ya?
Buat mereka yg menziarah Arwah ayah semasa di hospital atau di rumah, bagi pihak keluarga, saya ucapkan jutaan terima kasih. Bagi mereka yg membantu keluarga dlm pengurusan jenazah, saya ucap terima kasih. Hanya Allah sahaja dpt membalas jasa tuan2. Bagi yg menyampaikan ucapan takziah dan doa, mudahan doa tersebut akan sampai kepada arwah.
Al-Fatihah buat arwah ayahanda Hamzah Mohamed (March 20, 1947 - March 16, 2009)
15 comments:
Semoga tabah dalam menghadapi ujian dari Allah.
Semoga roh ayahanda dicucuri rahmat...
Al-Fatihah.
Sabar ye ..
From bjork....
Ayoi & Zat, Takziah dari kami sekeluarga..Aku harap korang tabah hadapi dugaan ni..Mmg susah, apatah lagi jauh kat tempat orang, jauh dari keluarga..Anyway, aku tahu korang strong..Banyakkan berdoa ok..
Ayoi, masa aku dpt sms pkl 5 pagi tu, terus aku teringat dulu masa aku ikut kau and arwah pegi buat police report kat Ampang..pasal kau langgar kete orang kat Ampang Point tu..kita pakat tipu polis masa tu..Aku still ingat arwah belanja makan roti canai lepas tue.. :) Apa pun, doa aku semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan sentiasa dicucuri rahmat Allah, AMIN!
salam.
Ayoi, semoga tabah... Walaupon aku tak kenal rapat dgn arwah, tapi when I was a PR @ Ufa's place, he'll drop by asking how we were doing (sbb dia tau, Ufa jek yg so- called adult, menjaga adik2 dia when their dad @ work)...
dan selalu tanya kitorang dah makan ke belum...
semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman... amin...
Tabah kan hati, Al-fatihah kami bacakan...
can't say that i know how u feel but i hv lost loved ones and on that level i can relate. All i can say is that a greater hand is at play and it is for the very best reasons.. he'll continue to live thru u n ur family.. n he'll always be there in ur heart n memories.. my condolences to u n family.. al-fatihah..
Ayoi
our condolences to u and ur family
Al Fatihah
Ayoi,
Be strong my man. May Allah guide his soul to syurga and may god give you strength. Take care now...
takziah ayoi..semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..al-fatihah
from zett and family
Takziah Bro.. Be strong.. Stay focused.. Tabah mengharungi ujian..
Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian
Yang kian mencengkam
Jiwaku
yoi....takziah....semoga arwah ditempatkan di kalangan yg di-Rahmati...
takziah yoi n zatil.. Be strong and finish what you went there to do. So hiba reading your honest expressions of love.
I know he'd be so proud to have you as his son. Take care, guys..
Ayoi and Zatil...... Takziah and sedekah Al-Fatihah byk pada arwah... and baca yassin untuk tenangkan jiwa.... Azizi and family
be strong, bro!
Insha Allah arwah damai n seronok d sana, sbb ada anak2 yang mmg sygkan beliau.
Post a Comment