Friday, December 12, 2008

Expecting 2nd little one

Lama betul kami sambut thanksgiving... entry tak bertukar2... :)) actually sejak mrs mama disahkan pregnant, mmg tak amik kisah dah psl blog... pics dlm FB pun tak berupdate... mmg sungguh pemalas penangan pregnant kali ini...

Actually mrs mama ada buat entry, tapi tak upload dlm blog... nie baru nak upload. Kira backdated entry la...


Nov 14th, 2008


Pregnancy kali nie lain benar rasernyer. Seperti yg biaser dgr dpd pengalaman org2 yg mengandung... pengalaman mengandung setiap org anak itu berbeza-beza. Itulah yg dilalui sekrg. Pengalaman mengandungkan littleman dulu boleh dikatakan smooth sailing... Tidak mengalami morning sickness yg teruk dan agak kuat juga, bertenaga.

This time around, dlm tempoh 1st trimester ini perbezaan yg dirasai agak ketara. Tengah Oct lepas, sudah dpt merasakan kelainan dlm diri. Badan raser agak cepat letih dan selalu pening. Dalam hati ada juga terdetik, pregnant ke nie??? Tapi waktu tu mmg belum masernyer lagi nak period. So malas la nak menaruh harapan. Few days lepas tu, period pun menjelma tapi mcm ader tak ada. Dan berlanjutan sampai beberapa minggu. At the same time, penat, pening sentiasa ada.

Ada juga luahkan pd beberapa teman rapat. Most of them suggest buat pregnancy test. Tapi since that time kami agak busy dgn persiapan CT Raya Gathering, maka dibiarkan je la dulu. Dalam hati menaruh harapan juga agar benar2 pregnant.

Lepas CT Raya Gathering, badan betul2 flat. Balik rumah, lepas ezuwan+yani+ajmal balik, terus tertido dgn baju kurung tu jugak. Org lain berkumpul kat rumah kak ayu/azhar pun tak pergi. Mr ayah sorang je pergi sambil sempat suruh dia tapau daging dendeng and murtabak. Esoknyer masih flat dan mula tak lalu makan. Dan menjadi semakin malas. Bau daging dendeng pun dah tak lalu. Nasib baik dah jamah dulu mlm sebelumnyer. Rupanyer makan2 maser CT Raya Gathering (Oct 26th) tu kira last day betul2 menikmati makanan. Nasib baik dah makan semua, nasi minyak, lemang, mee rebus, dan lain2... Kira takde la raser teringat2 sgt.

On the Oct 28th, ader appointment dgn orthodontist. Balik tu we decided utk singgah Walgreens utk beli pregnancy test kit. Sempat juga singgah Dunkin DOnuts for their Cream cheese bagel and flat bread egg sandwich. Rasernyer that was my last day minum coffee or nescafe. Coz until today, takde langsung raser nak minum nescafe. Padahal every morning, tu la minuman ruji. Malam pun at least 2 mugs b4 tido.

Kali nie 1st time beli and buat pregnancy test sendiri. Tak perlu pun nak tunggu sampai 3 minutes, test je terus nampak 2 pink lines tu. HCG dah mmg sedia tinggi kot! Confirm pregnant!!! Tapi still tak puashati lagi selagi bukan doktor yg confirmkan. Call yale-new haven hospital, time yg sesuai utk pi buat checkup adalah next mondaynyer. Lepas 1st checkup kat hospital, confirm dah pregnant for 9 weeks (by the time typing this, dah more than 10 weeks)

Spotting/light bleeding still ader. My BFF kater, maybe pregnant coz ader jugak org yg period sket2 tu sebenarnyer pregnant. Ini sebenarnyer bukan period (i learn about this later after reading some materials of pregnancy symptoms from the internet). Darah yg disangkakan period tu actually implantation bleeding. Lepas my 1st checkup kat hospital pun, nurse tu ckp the same thing.

Next checkup with St raphael hospital (kena tukar hospital coz insurance tak cover clinical kat yale-new haven hosp) will be on Nov 20th. SInce sometimes ader jugak bleeding sket2... so byk la memalaskan diri dgn berbaring. Lagipun kalau berdiri lama sket, mula la nak pening2. Kemalasan pun makin ketara, selera makan pulak tak ader. Byk makan roti je la and minum milo.

Mengidam??? Entah la... tapi teringat2 gak rendang kerang mak, gulai tempoyak ikan cencaru, sambal sotong MIL, sambal tumis ikan kembung cik nah. Tomyam putih, telur bungkus, daging merah... and few others. BEstnyer kalau skrg ader kat M'sia. Mr ayah pun kater, kalau kat M'sia ok kot... since now i pun tak masak, dier pun makan ala2 je... kalau kat m'sia, tak masak takpe, bleh beli jek! :D So ader chance ke nie mr ayah nak turunkan lagi berat badan sepanjang kemalasan wife dier nie??? hehehe...

10 comments:

gambit said...

Ucap selamat kepada Mr Ayah dan Mrs mama.

anaidrun said...

tahniah!alhamdulillah syukur.

Ms. Reny said...

Zatillllll...Congratsssssssssssss! So happy for you. Salam to Azrul.
Bile u balik Msia?

vivavogue said...

aiyooooo....bler my turn plak nih....ngeee....(org peknan cbuk nak jugak...anak sorang pon x lrt nak jg...huhuhuhu)

bestnyer...make sure jot down every single detail tau...time harith dulu ada ke buat baby's diary?

Anonymous said...

Congrats to Ayoi & Zatil!!! Teringat lagi sms Ayoi masa zatil selamat melahirkan harith dulu...back in 2003 ke x silap... heheheh...take care yah!

zatil said...

thanks all for the wishes...

reny, nanti dah confirm i bgtau biler i balik ;)

vogue, time harith dulu takde blog... diary mmg tak simpan... tapi pics ultrasound semua ader lagi ;)

anon, i still have 1st sms ayoi sent to me... to mama harith ;) dah tukar2 hp pun, make sure that particular sms ikut sama :D

-azie- said...

If i am not mistaken sms ayoi dulu berbunyi begini: "My wife zatil has safely delivered a baby boy..."(tak ingat spital mana) hihihihi

Anon tu saya, masa nak save comments terclick anon cos tetiba ada org dtg bilik (ni kes baca blog time opis la ni hahahah)

Aneway, all the best to the family and to mrs mama, may u have a wonderful 2nd time experience!

Ida@mama zarief said...

Zattt..CONGRATS to u and Ayoi!! Dah nak jadi abang Long dah Harith..hehe..Bile EDD? Deliver kat sana la yekk..Masin gak mulut aku dulu yek..Teringat masa kau nak pg US dulu, aku ckp ,mesti 2nd one ni made in US..betul gak..hehe..Anyway, take care ok..Kau doa la bagi morning sickness kau tu kena kat Ayoi..gerenti dia boleh kurus punye..hehe

zatil said...

ida... mana tak masin, ramai sgt pun yg dok masinkan mulut gak... hehehe... anyway, ayoi terkena gak tempias, tempias aku tak masak psl aku tak lalu bau... hahaha!!!

ellyn said...

zat....aku pun nak gi checkup gak ni...20th Dec nak gi honeymoon kat phuket. Plan punyer ler baik....sekali dah bertiga rupanyer. Aku so far...perasaan malas tu jer yg hebat sgt. Da rest mcm pregnant my 2 boys....alamak...

Related Posts with Thumbnails